Thursday 2 May 2013

#PRU13 : PELANGGAN WARUNG SUIB MENJERIT-JERIT !!! #LainKaliLah



Pada 1hb mei 2013 bertempat di kedai makan warung suib kampong masyarakat jasa pada pukul 4 petang telah diadakan satu majlis perjumpaan CALON DUN JORAK bersama pengundi  dikawasan tersebut. Kelihatan pelanggan yang sedang makan di gerai tersebut gembira dengan kehadiran calon DUN JORAK di tempat mereka. Di kesempatan itu mereka sempat berbual mesra dan bertanya khabar tentang calon DUN JORAK Datuk Shahruddin. Sememangnya mereka telah mengenali calon kerana mereka sentiasa selesa dengan kepimpinan Datuk Shahruddin sebelum ini. 

Datuk Shahruddin sempat berucap memberikan pandangan beliau di kawasan ini dan memberitahu tentang apa pembangunan yang akan di berikan jika penduduk disini terus mengundi dan memberikan kemenangan kepada beliau. Dikesempatan ini, Datuk Shahruddin tidak lupa untuk mengingatkan para pengundi bahaawasanya mereka jangan pernah lupa pada calon Parlimen di kawasan ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mempertahankan kerusi parlimen disini. Katanya lagi, lihat sahaja pembangunan yang telah Tan Sri berikan pada penduduk di kawasan Pagoh dari dulu hingga sekarang. HUB Pendidikan yang sedang dibina akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Pagoh. 

Majlis berakhir sejam kemudian kerana Datuk Shahruddin terpaksa berangkat ke tempat seterusnya dalam siri kempen untuk pilihanraya yang semakin hampir. Jelas kegembiraan terpancar di wajah calon BARISAN NASIONAL ini dan juga diwajah pengundi yang ada di warung tersebut kerana mereka sentiasa rapat sejak dari dahulu lagi.










No comments:

Post a Comment