Friday 3 May 2013

#PRU13 : BN TIDAK PERNAH TUA... #UndiBN #TolakPR


Selama 56 tahun BN memerintah, kita telah ada 6 Perdana Menteri dan Timbalannya silih berganti. BN tidak dipimpin oleh seorang Perdana Menteri selamanya. Maka, di mana istilah tua yang dikatakan pembangkang terhadap BN?

Ini membuktikan, BN adalah sebuah parti sihat yang sentiasa melalui proses peremajaan dalam pentadbiran apabila pimpinan tertinggi negara silih berganti selama 56 tahun. Ini jelas membuktikan bahawa BN dan parti komponennya, sentiasa muda, berwawasan dan bersemangat, kata Tan Sri Muhyiddin di Dungun.
 
Umur Perdana Menteri kita hari ini , Dato Seri Najib Tun Razak ialah 59 tahun. Rakyat mesti tanya, berapa umur Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz?

Pasti salah seorang daripada nama di atas akan dipilih sebagai Perdana Menteri KALAU Pakatan mereka menang. Kesemua itu telah melebihi 60an berbanding Dato Seri Najib yang akan mencecah 60 tahun hadapan.

Jika pembangkang ingin dakwa BN sudah terlalu tua, pasti Dato Seri Najib sepatutnya menjadi pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13.

Dilihat pula dalam parti pembangkang sendiri, siapa antara mereka yang masih muda diberi peluang untuk memegang kepimpinan tertinggi?

Ada sesiapa boleh beritahu berapa umur Kit Siang sekarang?
 
Rakyat boleh nilai sendiri... siapa sebenarnya terlalu tua untuk memerintah negara ini. Maka dakwaan pembangkang BN terlalu tua... UBAH kepimpinan parti mereka dahulu dan LAIN KALI SAJA LAH jika bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri!



No comments:

Post a Comment