Saturday, 4 May 2013

#PRU13 : P143 RESTORAN HERBA YANG TERBAIK DI PAGOH !!! #UndiBN #BetterNation



Restoran Nasuha yang terletak di Pagoh Johor sememangna mempunyai kelazatan makanan dan minuman yang menyelerakan. Restoran yang satu-satunya ada di sekitar Pagoh ini yang menghidangkan minuman Herba yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Menurut pengalaman penulis yang berkesempatan menjamu selera disini, sememangnya penulis boleh mengatakan restoran ini mempunyai ciri-ciri restoran yang amat unik. Keselesaan pelanggan amat di utamakan disini, tempat yang berhawa dingin di sertakan pula dengan kemudahan SPA untuk wanita yang sememangnya di gemari oleh kaum hawa.

Pelbagai juadah juga ada di sediakan disini demi untuk membuka lagi pelbagai selera pelanggan yang hadir dari pelbagai bangsa. Dari pengamatan penulis, restoran ini sudah terkenal kerana telah di kunjungi oleh skuad "jalan-jalan cari makan TV3". Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba makanan dan minuman herba yang berkhasiat disini boleh la singgah sekiranya anda melalui jalan dari tol Pagoh untuk ke Muar Johor. Penulis pasti, anda tidak akan dapat melupakan pengalaman menikmati makanan disini sekiranya anda sudah mencubanya.

Selamat mencuba...











No comments:

Post a Comment