Wednesday 1 May 2013

#PRU13 : KIT SIANG MENGHASUT - SEKOLAH CINA LAGI!!! #TolakPR #UndiBN #BNBagus

Ketika berucap di Sutera Mall semalam, Kit Siang sekali lagi menghasut untuk membenci UMNO dan memperlekeh MCA yang kononnya takut bersuara menentang UMNO. Api perkauman DAP tidak mampu dibendung Kit Siang lagi...

Bencinya Kit Siang terhadap melayu sehingga menuduh UMNO tidak memelihara hak pendidikan kaum Cina sehingga MB Johor tidak berani menjanjikan sekolah persendirian cina dan UMNO tidak iktiraf sijil UEC Sekolah Persendirian.

Semalam Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan SRJK (C) Yong Peng 2 yang telah menelan belanja sebanyak RM17.45 di bawah Rancangan Malaysia ke9. Inilah hasil kejayaan kerajaan BN di bawah projek pendidikan untuk rakyat. Polisi BN adalah memastikan semua bangsa diberi hak yang adil termasuk pengagihan kekayaan dan implimentasi rancangan pendidikan.


Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina telah menolak Dasar Pendidikan Kebangsaan sejak dahulu lagi. Mereka enggan mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya dari Taiwan.

Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaiannya sendiri bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus tidak memenuhi dasar pendidikan kebangsaan.

Kita tahu selama ini, DAP mengguna Dong Jiao Zong iaitu pertubuhan pendidikan Cina, sejak tiga dekad lalu untuk mendesak agar kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Ini adalah satu tindakan yang melampau dan membelakangkan dasar-dasar kerajaan. Seolah-olah mereka yang melanggar undang-undang negara untuk tempoh sekian lama boleh dihalalkan pula tindakan mereka selepas tempoh-tempoh tertentu malah diberi pengiktirafan pula.


No comments:

Post a Comment