Perkataan ‘ubah’ sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin
dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya
berpaling tadah dari BN kepada PR.
Apabila mereka menyampaikan hujah dalam
ceramah dan penulisan, seakan parti pembangkang sudah
mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang
menerajui negara ini pula digambarkan sebagai 'stagnent' tanpa
sebarang transformasi.
Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah
yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih sesuai untuk dikaitkan dengan
mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas
tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih
menerajui parti-parti pembangkang.
Anwar
Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR
tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya
pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama anaknya sendiri menduduki di kepimpinan tertingi parti.
Dalam tempoh yang sama, UMNO sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr.
Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Seri Najib Tun
Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan
dan peralihan selari dengan tuntutan semasa. PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan
Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.
Politik DAP
pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti,
Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP
dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.
Sementara, Karpal Singh pula terus
menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba
sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis,
mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan
konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.
Di lihat dari aspek kepimpinan parti,
jelas sekali slogan ‘ubah’ yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak
menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk
memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk
pimpinan negara.
Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan
mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu
perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan
yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan
khalayak.
Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk
menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang
sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang,
Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan
paradigma dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment