24.0413 :
7.00 pm
Ribuan rakyat pelbagai kaum dari sekitar DUN Nusajaya dan Skudai sedang menunggu ketibaan Tan Sri Muhyiddin ke Dewanraya MPJBT, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru.
Kehadiran pengundi Cina sangat memberansangkan dan terdapat juga penyokong-penyokong Hindraf dan KIMMA.
Sokongan padu dari kumpulan mahasiswa.
8.15 pm
Ketika di luar dewan, ketibaan Tan Sri disambut pengundi-pengundi Gelang Patah terutama dari kaum Cina yang di luar dugaan, ibarat menyambut kepulangan seorang panglima ke tanah air.
Di dalam dewan pula...
Ini adalah suasana di dalam dewan yang penuh sesak sedang menanti ketibaan Tan Sri Muhyiddin.
Pelbagai kaum dan peringkat umur setia menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri.
Oleh kerana keadaan di dalam dewan yang penuh sesak, ramai yang tidak berpeluang berada bersama-sama mendengar amanat Tan Sri.
Sokongan dari Hindraf juga jelas kelihatan di dalam dewan
8.30pm
Kini tiba masanya, calon P162 Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman mantan Menteri Besar Johor memberi ucapan kepada pengundi-pengundi.
Di dalam ucapan beliau, antaranya menyatakan bahawa Johor perlu ditadbir oleh anak Johor dengan cara Johor yang sederhana dan moderate.
9.00pm
Amanat Tan Sri Muhyiddin, boleh di baca di sini ...
No comments:
Post a Comment