Tuesday 23 April 2013

#PRU13: BN AKAN LAKSANA DASAR PRO PERNIAGAAN



Di Bandar Tun Razak, Muhyiddin berkata PRU kali ini amat genting dan penting kerana rakyat akan menentukan nasib negara sama ada lebih maju serta berjaya menyerlah sebagai sebuah negara yang pesat membangun. 

Untuk itu, rakyat perlu membuat pertimbangan yang bijak, kata beliau kepada kira-kira 1,000 orang di Flat Seri Melaka di sini malam ini. Muhyiddin berkata keputusan yang dibuat rakyat itu boleh menentukan masa depan negara yang lebih terjamin, selamat, tenteram, maju dan berjaya. 

Turut hadir isteri beliau Puan Seri Norainee Abdul Rahman, calon BN Bandar Tun Razak Tan Kok Eng, Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. 

Bersama calon BN Bandar Tun Razak, TAN KOK ENG

Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU13 menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Tan, penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat serta dua calon bebas iaitu Mohd Sukeri Abdul Samat dan Mokhtar Salahudin. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment