Kebebasan media di Malaysia sentiasa disalahgunakan pihak media pro pembangkang. Integriti dan tanggungjawab melaporkan sesuatu berita sentiasa tidak pernah dihormati dan sentiasa dieksploit untuk dijadikan bahan politik serta menyerang kerajaan.
Mesej sebenar yang disampaikan tidak akan menjadi bahan penulisan. MalaysiaKini yang memang diketahui portal pro-pembangkang dengan sengaja dan tidak bertanggungjawab telah melaporkan Majlis Perhimpunan bekas tentera dan polis serta keluarga daerah Muar  bersama Tan Sri Muhyiddin seperti berikut;
Dan bandingkan pengisian yang dilaporkan mStarOnline DI SINI
Antara mesej Tan Sri Muhyiddin ialah;
"Biarpun sudah dipanggil bekas, saudara semua tetap anggota penting 
dalam masyarakat. Hari ini negara kita di ambang kemajuan sejak 54 tahun
 merdeka dengan dikenali di peringkat antarabangsa.
"Ini adalah sumbangan saudara semua kerana Malaysia tidak akan 
berdiri teguh bersama negara lain di dunia kalau tiada rakyatnya yang 
sanggup berkorban. Kita sudah mencipta banyak kejayaan luar biasa 
termasuk menangani kemiskinan," katanya.
Di mana integriti dan tanggungjawab MalaysiaKini dalam menikmati kebebasan media? Jelas, MalaysiaKini bukanlah portal berita yang boleh dipercayai dan hanyalah portal berita yang akan memutarbelit isu.
 
No comments:
Post a Comment