Wednesday 24 April 2013

#PRU13 : MAKCIK JANGAN MENYESAL YE !!! #tolakPR #UndiBN #P143



Seperti biasa, apabila pilihanraya semakin hampir, pelbagai cerita atau gossip termasuk fitnah semakin rancak melanda. Tapi adakalanya sesuatu kisah itu tidak boleh dipandang remeh apabila ia sudah mula menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan penduduk yang dianggap bagi sesetengah meraka boleh dijadikan sebagai bahan ‘mainan politik’.

Seperti kisah yang berlaku di Kampong Sawah Laku Bukit Kepong, Ledang, Johor. Badariah Baba, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian telah menjadi mangsa kepada pihak terdesak yang inginkan kemenangan pada PRU-13 ini. Mengetahui mangsa tinggal bersendirian, maka dia dijadkan sasaran utama dalam strategi kotor mereka semata-mata untuk mendapatkan undi walaupun secara dasarnya mereka tahu perbuatan mereka sama sekali menyalahi undang-undang. Kedatangan mereka bertiga ke rumah mangsa termasuk pasangan berpurdah hitam serta menutup separuh muka telah memberikan kesan trauma kepada mangsa yang sehingga kini takut untuk menerima sebarang tetamu.

“Makcik jangan menyesal ye!” adalah antara ugutan yang dihembur mereka apabila mangsa gagal memberikan kad pengenalan atau passport seperti yang mereka kehendaki. Menurut mangsa, mereka yang masuk ke rumah melalui pintu dapur itu secara bersahaja meminta beliau menyerahkan kad pengenalan atau passport. Mangsa yang terkejut dengan kejadian merasakan seperti dirinya seolah-olah hendak dibunuh. Menurutnya lagi, dia mengenali salah seorang daripada mereka kerana lelaki tersebut juga merupakan penduduk sekitar yang juga disahkan sebagai ahli PAS.

Mangsa telah menceritakan kejadian yang menimpanya kepada anak angkatnya yang kebetulan singgah ke rumah beliau pada hari yang sama. Berikutan itu, cerita mengenai kejadian ini telah tersebar dan turut dikecam penduduk sebagai satu perbuatan terkutuk yang perlu dihalang dan diambil tindakan sebelum ia mencari mangsa seterusnya.




4 comments:

  1. kesihan mak cik ni... tindakan biadab dan kurang ajar meraih undi... betul2 menakutkan warga emas ni.. mesti mak cik ni trauma..

    ReplyDelete
  2. Undi hak individu, gi jahanam sama pengugut buat report polis.samsing tahi ayam

    ReplyDelete
  3. bagus tindakan makcik tuu..biar dia orang kelang kabut sebb polis sedang cari mereka...

    ReplyDelete
  4. Pengugut tu tak nak mak cik ni mengundi, jadi dorang mintalah I/C atau pasport.

    Kemungkinan lain ialah dorang nak bg I/C atau Pasport yg dirampas tu kpd orang Singapore yg diimport utk undi DAP (PR)?

    Lagipun mesti sebab mak cik ni diketahui oleh org yg dikenali tu (ahli PAS tu) yg mak cik tu akan undi BN.

    ReplyDelete