Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 : TERIMA KASIH ANGGOTA @PDRM ... DARI WARGA #P143 Pagoh #UndiBN

Hari ini, semua pegawai dan anggota polis yang bertugas mengawal proses pengundian PRU-13 pada 5 Mei nanti akan keluar mengundi.


 
Rakyat di Pagoh ingin mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang selama ini menjaga keamanan di kawasan parlimen ini. Kami juga ingin sampaikan penghargaan  dan keyakinan kami kepada PDRM yang akan bertugas pada 5 Mei nanti untuk membantu rakyat  melaksanakan hak mereka dan menjaga keselamatan mereka agar dapat berjalan di dalam keadaan aman dan lancar.

Seramai 111,136 pegawai dan anggota polis daripada 272,387 pengundi awal berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi di pusat mengundi. 


Terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli serta warga Balai Polis Pagoh.

Ikhlas
Rakyat P143 Pagoh

#PRU13 #P143 PAGOH - DUN BUKIT SERAMPANG DISERBU GELOMBANG BIRU #UNDI BN #BETTERNATION

HIMPUNAN RAKYAT 1 MALAYSIA DUN BUKIT SERAMPANG

29 Mei Gerisek Bukit Serampang - Bertempat di Kampung Baru Gerisek dalam DUN Bukit Serampang seramai lebih 5000 orang telah berhimpun menyatakan sokongan dan bersama Barisan Nasional dalam majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Calon P143 Pagoh dan Calon N07 Bukit Serampang Tuan Haji Ismail Mohamed. Dalam ucapan Tan Sri malam tadi beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan memberi amanah kepada beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan turut berterima kasih pada pengundi-pengundi Parlimen Pagoh kerana mengundi dan menyokong beliau pada PRU12 yang lepas. Beliau berharap sokongan dan kepercayaan yang diberi oleh pengundi-pengundi tidak hanya pada PRU12 malah meneruskan sokongan dan member peluang kepada beliau untuk meneruskan agenda perjuangkan untuk membawa kemajuan yang berterusan kepada rakyat Pagoh. Sebagai contoh Pagoh akan menjadi Hub pendidikan dengan adanya 4 buah Universiti yang sedang dalam proses pembinaan dan pelbagai lagi projek-projek kerajaan yang besar dan dalam proses pembinaan. Dan inilah antara bukti slogan Janji Ditepati yang dilaungkan oleh kerajaan bawah kepimpinan Dato Seri Najib Razak. #PRU13 #P143 PAGOH
















#PRU13: WARGA FELDA SETIA KEPADA BN!!! #UndiBN #BetterNation



Untuk apa warga Felda setia kepada BN dan menolak Pembangkang? 

Ini telah dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin ketika bertemu warga Felda Majlis Kolabroasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari di FELDA Maokil.

Jawapannya jelas,
jalinan kerjasama di antara BN dan peneroka yang telah melonjakkan kejayaan-kejayaan yang sedang dinikmati warga Felda. Ini adalah hasil daripada usaha berterusan yang tersusun pemimpin BN semenjak Felda diwujudkan. 

Tan Sri bangga dengan kesetiaan warga Felda yang berterusan kepada BN dan yakin kesetiaan mereka akan terus kepada BN dan mestilah diterjemahkan pada 5 Mei ini.

Hasil kejayaan Felda yang dinikmati warganya hari ini, seperti penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Saham, pendapatan yang lebih tinggi dan kehidupan yang lebih baik dan selesa mesti diteruskan dan dikekalkan. 

Cetusan impian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, usaha berterusan pemimpin-pemimpin BN dari dahulu sehingga menjadi ia menjadi kenyataan mesti diteruskan. 

Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menjayakan dan meneruskan impian ini sehingga menjadi satu kenyataan yang lebih berjaya. 

Warga Felda mesti tanya kepada diri mereka, apa sumbangan pembangkang kepada mereka selama ini?


#PRU13 #P143 PAGOH - SRI LEDANG MILIK BARISAN NASIONAL #UNDI BN #BETTERNATION



Ceramah dan Penerangan untuk PDM Sri Ledang



28 Mei Felda Sri Ledang – Seramai hampir 500 orang penduduk Felda Sri Ledang berkumpul dan mendengar Ceramah Dan Penerangan yang dianjurkan BN Parlimen Pagoh pada malam kelmarin. Penduduk di sini yang rata-rata pengundi untuk Parlimen Pagoh dan Dun Bukit Serampang dilihat begitu berminat untuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh penceramah tempatan yang dihantar oleh BN Pagoh. Selain mendengar penerangan dan ceramah ini, pengundi-pengundi dilihat mengambarkan sokongan mereka kepada BN apabila menyambut meriah apabila ketibaan Calon BN N07 Tuan Haji Ismail Mohamed yang tiba tepat jam 9.30 malam. Dalam majilis ini juga Tuan Haji Ismail turut menyampaikan pesanan dan memperkenalkan diri beliau di hadapan pengundi-pengundi Felda Sri Ledang dan berjanji akan menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab andai menang dalam PRU13 ini. #PRU13 #P143 PAGOH









semua gambar di atas menceritakan suasana

#PRU13 : APA NASIB MAT REMPIT DI PARLIMEN PAGOH !!! #TolakPR #UndiBN


 Sebuah syarikat membaiki motor telah membuktikan kepada seluruh penduduk di parlimen Pagoh bahawasanya mereka adalah antara anak muda yang menjadi kebanggaan kawasan di situ. Status mat rempit yang selalu di gambarkan oleh masyarakat sebagai remaja yang bermasalah telah mereka buktikan dengan kejayaan di peringkat kebangsaan. 

Sebuah bengkel motosikal FMC MOTOR yang di miliki oleh MOHAMMAD FARID bIN ALUI telah membuktikan kejayaan demi kejayaan. Di tubuhkan pada tahun 2008 di kawasan pekan Pagoh telah mendapat perhatian TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN untuk memberi tajaan "Racing Sut" sebagai kegunaan untuk perlumbaan di peringkat kebangsaan.

Ternyata remaja di pekan Pagoh ini tidak pernah diabaikan oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, telah menjadikan minat mereka menjadi satu masa depan yang cemerlang dalam hidup. 

Antara aktiviti perlumbaan yang mereka telah  sertai adalah di dalam...

(1) Kejuaraan KBS. MAM
(2) Kapchai Endurance
(3) Sprint Test

Menurut pemilik bengkel FMC MOTOR, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN sentiasa dekat dihati mereka dan menjadikan semangat mereka sentiasa kuat untuk berlumba secara halal. Kepada sesiapa sahaja remaja yang berminat untuk belajar teknik berlumba secara sah, mereka boleh terus datang berjumpa dengan mereka di bengkel FMC MOTOR setiap hari.


















#PRU13 : CALON TERHANGAT DI MAJLIS DOA SELAMAT !!! #TolakPR #UndiBN



Bertempat di kampung Jawa Lenga DUN Bukit serampang, satu majlis doa selamat telah diadakan semperna majlis perkahwinan anak kepada tuan rumah En. Salimin Bin Hj Nawawi. Tuan rumah telah berbesar hati menjemput Calon DUN N.07 Bukit Serampang Hj Ismail untuk bersama memeriahkan majlis pada malam itu sekali gus dapat memperkenalkan diri kepada penduduk di situ.

Rata-rata para tetamu yang hadir amat gembira dengan kehadiran calon dari BARISAN NASIONAL ke majlis doa selamat tersebut. Kesemua tetamu yang hadir memberikan sokongan kuat serta berjanji untuk turun mengundi pada 5hb Mei ini untuk memberikan kemenangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Hj Ismail.

Ramai yang berkata mereka memang sudah lama mengenali calon ini kerana calon ini sentiasa mesra kepada rakyat sejak dari dahulu lagi. Dalam sibuk berkempen dari rumah ke rumah, ramai yang tidak ketinggalan bergambar bersama calon dan sentiasa mendokan agar Calon BARISAN NASIONAL ini mendapat kemenangan yang besar pada pilihanraya umun ini nanti.








Monday, 29 April 2013

#PRU13 : DAP JOHOR JANGAN UNDI PAS #TolakPR #UndiBN

Jeff Ooi
Dulu, Jeff Ooi Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa supaya ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd Razali Abdullah dipecat kerana menganggotai organisasi ekstremis. Mohd Razali adalah ahli JIM.

Jeff membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada objektif penubuhan JIM yang mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Hari ini, satu lagi kenyataan mendesak (OutSyedTheBox) untuk menolak calon-calon PAS oleh Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, agar rakyat khususnya di Johor tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

Norman Fernandez
 “Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Suhaizan Kayat

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas."

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu
tidak layak undi kami, "katanya.
 
Ekoran daripada desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong  dan pengikut akar umbi Pas,  pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR.
 
Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR menang PRU13.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.